Carta Saiz Sabella

Ramai customer Sabella teruja sebab bila pakai baju Sabella diorg akan nampak lebih slim dan cantik terletak. Orang yang berbadan chubby pon tak ketat dan boleh ambil saiz yang tak pernah diorg pakai sebelum ni.

Magik ke? 

Sebenarnya pemilihan saiz sangat penting untuk buatkan si pemakai kelihatan menarik di hadapan orang. Dibawah min terang tips utama untuk korang dalam menentukan saiz yang sesuai untuk bentuk badan sendiri.

Baju

Disebabkan setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza, masalah saiz terutama pada wanita yang mempunyai “Pear Figure” atau “ Hour Glass” akan menghadapi sedikit kesukaran untuk menentukan saiz ukuran yang sesuai untuk meraka. Kami di Sabella memahami masalah anda, oleh itu setiap design baju dari Sabella biasanya dibuat secara “loose cutting”. Baju akan sedikit longgar & memeri. Biasanya kami mencadangkan anda memilih 1 saiz lebih kecil dari saiz baju brand lain. Anda hanya perlu mengambil ukuran dada sahaja. Tidak perlu risau ketat di perut atau punggung kerana design memang dibuat ”loose”.

Pants/Kain

Untuk kain atau pants selalunya customer tidak mengalami banyak masalah kerana design & material menggunakan full getah dan memeri sehingga 4 inci. Customer hanya perlu mengambil kira ukuran bahagian “Hips” sahaja untuk mendapatkan saiz kain atau pants yang selesa.

Sangat mudah sebenarnya untuk korang memiliki Baju Sabella yang sesuai dengan saiz & bentuk badan korang. Diharapkan info ini dapat membantu korang membuat keputusan pemilihan saiz, seterusnya memiliki koleksi baju dari Sabella. Untuk dropship, diharapkan info ini dapat membantu korang untuk memberikan penerangan kepada customer & memudah proses closing. Komen dibawah untuk sebarang pertanyaan berkaitan saiz baju – baju Sabella. min akan cuba jawab sebaik mungkin ye.