BATU CAVES: Sabella Holding Sdn Bhd (Sabella) yang terkenal dengan slogan ‘baju tanpa gosok’ menyumbang sebanyak 4,000 helai baju kurung bernilai RM300,000 kepada mangsa banjir terjejas di Johor atas dasar memahami kerumitan yang dihadapi, di samping berdepan cabaran COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Misi Bantuan Pasca Banjir Fasa Satu ke Johor tersebut melibatkan beberapa daerah di negeri itu, iaitu Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi, Mersing, Segamat dan Kulai. Selaku penyumbang utama, praperlepasan misi itu disempurnakan di Gudang Sabella, Batu Caves yang dijalankan dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) pada Selasa. Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Sufian Sulaiman berkata, inisiatif itu melibatkan 3,598 mangsa banjir dari 996 keluarga di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 Januari 2021.
Recent Comments